Tickerplayground.com
babies
babies
baby growth

Melabur dalam ASB guna loan bank: Untung atau Rugi?

Jawapannya: Rugi lor...huhu

Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi ?

Ini belum masuk lagi kadar BLR yg bank ada overnight polisi rate bagi menaikkan bila perlu! something to share!!!!

Sebagai seorang akauntasi dlm dprt, ini pandangan saya...... kalo buleh bagi comment.....it makes sense...Cuba anda fikir-fikirkan......

> Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

> Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri
> jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini.
> Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya
> sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
>
> Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu.Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuatkeputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

> Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bankmengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
> ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
>
> Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
> Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiaptahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yangboleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
>
>
> Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
> ----------------------------------------------------
>
> Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,
> jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar
> semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda,
> loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
> bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
> (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg
> dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda
> terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan
> RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
>
> Untung atau rugi?
>
> Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan
> selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM
> 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8
> tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
> pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
>
> Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain
> membayar bulanan kpd loan
> ------------------------------------------------------
>
> Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%
> setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun
> adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk
> 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun =
> RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
>
> Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda
> perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos
> pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
>
> Untung pada mata kasar ==> RM 64,64
>
> Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan
> anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,
> anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan
> RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai
> pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,
> oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda
> kehilangan 'potential gain'.
>
> Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
> Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
> ----------------------------------------------------
> Kehilangan Keuntungan> RM 143,018
>
> Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
>
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri. Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment