Tickerplayground.com
babies
babies
baby growth

Vaksin H1N1 belum ada - WHO

LONDON 15 Julai - Vaksin selesema babi yang benar-benar berkesan tidak dapat disediakan untuk berbulan-bulan lagi, menjejaskan pelan negara-negara untuk mengawal segera wabak yang semakin merebak itu.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Margaret Chan berkata demikian selepas Australia dan Jepun melaporkan pertambahan mendadak kes-kes wabak influenza A (H1N1) dan peningkatan drastik kadar kematian di Argentina dari 94 kepada 137 dalam tempoh tiga hari.

"Masih tiada vaksin. Satu akan tersedia tidak lama lagi iaitu pada Ogos ini. Tetapi kewujudan vaksin itu tidak serupa dengan mempunyai vaksin yang terbukti selamat," kata Chan kepada akhbar Britain, Guardian hari ini.

"Data percubaan klinikal vaksin itu tidak akan diperolehi dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," tambahnya, bertentangan dengan kenyataan pegawai kesihatan Britain dan tempat-tempat lain yang menyatakan stok pertama akan mula diperolehi bermula Ogos ini.

Pengarah Penyelidikan Vaksin WHO, Marie-Paul Keiny, yang menyifatkan wabak itu sebagai 'tidak boleh dihentikan' berkata, vaksin untuk selesema babi itu sepatutnya boleh didapati seawal-awalnya pada September ini. - AFP

0 comments:

Post a Comment