Tickerplayground.com
babies
babies
baby growth

Beat the Einstein's Trick...

Terdapat lima orang pemilik rumah di dalam satu kawasan perumahan. Keadaan 5 biji rumah masing - masing memiliki warna berbeza. Kelima-lima pemilik rumah ini masing - masing memiliki kewarganegaraan yang berbeza, menyukai minuman yang berbeza, brand rokok yang berbeza dan memiliki binatang perliharaan yang berbeza. Tidak ada pemilik rumah yang memiliki binatang peliharaan, menyukai brand rokok atau pun minuman yang sama.

Petunjuknya adalah:
· Orang Inggeris tinggal di rumah berwarna merah.
· Orang Sweden memelihara anjing.
· Orang Denmark minum teh.
· Rumah hijau terletak di sebelah kanan rumah berwarna putih.
· Pemilik rumah hijau minum kopi.
· Orang yang merokok Pall Malls memelihara burung.
· Pemilik rumah kuning merokok Dunhill.
· Orang yang tinggal di rumah paling tengah minum susu.
· Orang Norwegia tinggal di rumah pertama.
· Orang yang merokok Blends tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
· Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
· Orang yang merokok Winfield minum bir.
· Orang Jerman merokok Rothmans.
· Orang Norwegia tinggal di sebelah rumah biru.
· Orang yang merokok Blends memiliki tetangga yang minum air.

Persoalannya : Siapa yang memelihara ikan?

0 comments:

Post a Comment