Tickerplayground.com
babies
babies
baby growth

House of Pines

KEISTIMEWAAN, KELAINAN, DAN KELEBIHAN PRODUK

Produk kopi yang berasaskan nanas dan campuran herba tempatan merupakan produk minuman kesihatan yang pertama di dunia.Produk teh kami juga menggunakan campuran ekstrak nanas dan dimana kebanyakan produk teh nanas dipasaran menggunakan hanya perasa nanas sahaja. Produk kordial dan jus nanas kami mempunyai rasa yang manis semulajadi dan enak diminum tanpa gatal lidah (lidas) kerana kami menggunakan nanas segar dan matang (Nanas Josaphine). Selain dari kordial dan jus nanas asli, syarikat kami juga mengeluarkan kordial dan jus nanas campuran herba yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.


Ramai yang tidak mengetahui bahawa nanas mengandungi Bromelin yang berfungsi sebagai agen penyerapan (booster), mempercepatkan fungsi ubat, sebagai anti kanser, dan membantu penghadaman. Ia juga mampu menurunkan berat badan secara natural. Nanas juga mengandungi vitamin A, B, B2 & C, Kalsium, Fosforus, Magnesium, Ferum, Natrium, Kalium, Dekstrosa, Sukrosa, dan Enzim Bromelin.


Ekstrak Herba utama yang kami gunakan seperti :

Tongkat Ali
Kandungan aktifnya seperti alkaloid, saponin, quassinoid, erycomanone, dan eurycomalactone yang mana membantu meningkatkan pengeluaran hormone testosteron bagi kaum lelaki. Ia juga merawat sengal tulang, gatal-gatal, demam kuning, cirit-birit, masalah penghadaman, sakit pinggang, dan disentri. Jangan risau kerana produk keluaran kami semua dieksrak dan tidak meyebabkan kerosakan buah pinggang.

Kacip Fatimah
Ia dikatakan dapat membantu kesegaran dan kecantikan tubuh wanita, mengembalikan kecergasan selepas bersalin, melangsingkan badan, merangsang pengeluaran hormon, melancarkan kitaran haid, juga merawat cirit-birit, sakit sendi, dan gonorea

Pegaga
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengurangkan simpton yang disebabkan oleh tekanan. Ia terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, dan melambatkan proses penuaan. Pegaga juga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki, dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Semua herba utama, herba tambahan, dan serbuk nanas yang digunakan syarikat kami telah diekstrak oleh Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

0 comments:

Post a Comment